Home Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan
Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) ditubuhkan pada tahun 1967 bertujuan meningkatkan kakitangan terlatih bagi menampung keperluan pesat dalam industri perhotelan, penyediaan makanan dan pelancongan di Malaysia. UiTM Melaka pada masa kini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 1984.  Justeru, bagi memenuhi keperluan permintaan untuk pekerja-pekerja mahir di dalam bidang pelancongan, FPHP memberi peluang kepada individu-individiu yang berminat dan berazam untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di dalam bidang hospitaliti.

FPHP UiTM Melaka telah ditubuhkan pada November 1996 dengan menawarkan Sijil Pengurusan Hotel kepada seramai 28 orang pelajar.  Walaupun demikian, program tersebut telah dipindahkan ke UiTM Shah Alam apabila UiTM Melaka memperkenalkan Diploma Pengurusan Pelancongan pada tahun 1999 dengan pengambilan seramai 22 orang pelajar.  Seterusnya, pada Julai 2004 seramai 18 orang pelajar telah diambil bagi pengajian kursus Sijil Operasi Pelancongan tetapi sekali lagi dipindahkan program tersebut ke fakulti induk di Shah Alam pada Jun 2006. Pada masa kini, seramai 343 orang pelajar sedang mengikuti program Diploma Pengurusan Pelancongan dengan kapasiti tenaga pengajar seramai sembilan (9) orang pensyarah yang mempunyai disiplin khusus dalam pengurusan pelancongan.  
# Article Title Hits
1 HM 111 - Diploma Pengurusan Pelancongan 44083
2 FHTM Staff Directory 11927
 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=