Home Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat
Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

Mula diperkenalkan pada November 2004 di Universiti Teknologi MARA cawangan Melaka (kampus Alor Gajah) dengan jumlah pelajar seramai 31 orang sahaja, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat kini semakin mengorak langkah maju ke hadapan dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat.  Fakulti ini menawarkan kursus-kursus yang memberi penekanan dalam pentadbiran, pengurusan dan teknologi pejabat di mana para pelajar didedahkan kepada prosedur pengendalian pejabat, pengurusan pejabat, komunikasi, pembangunan personaliti, pengucapan awam, pengurusan majlis, dan lain-lain kursus profesional pentadbiran pejabat.

Sejak mula diperkenalkan sehingga kini, fakulti yang telah diterajui dengan jayanya oleh Koordinator Program yang berkaliber, Puan Zaini Hj. Sa’at, terus meniti kejayaan demi kejayaan yang membanggakan.  Malah setelah hampir 7 tahun bertapak di Melaka, jumlah pelajar yang mengikuti kursus Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat telah meningkat kepada 650 orang.

Sejajar dengan pertambahan jumlah pelajar dari masa ke semasa, pihak fakulti juga telah mengambil inisiatif dengan menambahkan jumlah tenaga pengajar untuk memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran.  Selain daripada Koordinator Program OM114/OM221 iaitu Puan Zaini Hj. Sa’at, fakulti ini kini telah mempunyai seramai 17 orang pensyarah tetap, 1 orang pensyarah kontrak dan 2 orang pensyarah sambilan sepenuh masa.  Sehingga April 2011, fakulti telah mempunyai seramai 20 orang tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti:

  • Komunikasi dan Pengurusan
  • Sumber Manusia
  • Pengurusan Maklumat
  • Pentadbiran Korporat
  • Teknologi Maklumat


Selain daripada itu, bermula Januari 2011, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat telah mengendalikan program baru di peringkat ijazah sarjana muda dengan menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat (Kepujian/Bachelor in Office Systems Management (Hons.)  (OM221) di Kampus Bandaraya Melaka dengan pengambilan pertama pelajar seramai 34 orang. Sehingga kini, jumlah pelajar telah meningkat kepada 62 orang dan dijangkakan akan terus meningkat dari masa ke semasa. 

Selaras dengan keperluan program dan kursus-kursus yang ditawarkan di dalam program OM114, fakulti ini juga telah berjaya mencipta namanya tersendiri di pelbagai aktiviti-aktiviti dan program-program akademik yang telah dianjurkan pada setiap semester oleh para pelajar dan juga pensyarah-pensyarah yang sentiasa komited dan berusaha keras menyokong dan menyumbangkan idea dan tenaga bersama para pelajar.  Antara aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2011 terkini adalah:

  • Moving Towards Green Earth
  • Teater  ”Sounds of Nature” bersempena ”Green Campus Campaign”
  • OM Team Building’Together Everyone Achieves More’
  • Gree Campus Campaign:  Trash to Treasure Ceramah-Perundangan/Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan Hak-Hak Pekerja
  • Lawatan Akademik ke Kementerian Sumber Manusia dan Arkib Negara

Program dan aktiviti ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama penuh daripada dua persatuan para pelajar iaitu OMaC (Office Management Club)  dan BOSS (Bachelor in Office System Society).  Kedua-dua persatuan ini telah sama-sama bergerak aktif dalam menyokong dan membantu setiap usaha para pelajar dengan diterajui oleh tiga orang penasihat yang amat berdedikasi iaitu Cik Nashrah Talib dan Cik Milfadzhilah Mohd. Jamil bagi persatuan OmaC dan Cik Zarina Begum Ebrahim selaku penasihat persatuan BOSS.
     
Bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat di dalam bidang pengurusan dan teknologi pejabat, pihak fakulti telah merancang untuk menawarkan program baru di masa akan datang.  Besar harapan digalas agar fakulti ini akan terus maju dan cemerlang dalam melahirkan para graduan yang berkualiti dan berketrampilan di masa akan datang.

# Article Title Hits
1 Senarai Penasihat Akademik 3455
2 OM Staff Directory 5871
3 OM 114 - Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat 69561
4 OM 221 - Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat 25258
 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=