Home Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media (FKPM) (dahulunya dikenali sebagai Fakulti Sebaran Am) telah ditubuhkan pada tahun 1972  dengan kerjasama Universiti Ohio dan telah menjadi pusat pembelajaran bidang media yang pertama di Malaysia.

FKPM UiTM Melaka yang bermula pada Julai 2006 dengan pengambilan kira-kira 300 orang pelajar sudah berkembang ke sebuah fakulti yang mempunyai hampir 1,300 orang pelajar. Program akademik yang ditawarkan adalah seiringan dengan perkembangan industri media di negara ini.

Fakulti ini berhasrat untuk mendidik dan melatih pelajar-pelajar Bumiputera untuk menjadi ajen perubahan di dalam industri media dan masyarakat secara amnya.

Adalah menjadi visi fakulti untuk menjadi institusi akademik yang terunggul di dalam bidang komunikasi dan media dengan menyediakan suatu persekitaran yang selesa untuk kecemerlangan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Fakulti ini giat memastikan kurikulumnya selaras dalam menyiapkan graduan dalam menghadapi cabaran praktis global yang dinamik dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

FKPM Melaka menawarkan kursus Diploma Komunikasi Dan Media sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar memasuki bidang-bidang pengajian seperti kewartawanan, perhubungan awam, penyiaran, periklanan, penerbitan dan komunikasi liberal yang ditawarkan di UiTM Shah Alam.

Ketua & Jawatankuasa FKPM

Penasihat Akademik & Pensyarah Sumber



# Article Title Hits
1 MC 110 - Diploma Komunikasi & Media 20262
2 Masscomm Staff Directory 9438
 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=