Pejabat Unit Teknologi Maklumat & Pejabat Operasi Komputer
Pengenalan Unit Teknologi Maklumat
Diwujudkan pada tahun 1994 dengan nama Unit Komputer dan diketuai oleh seorang koordinator dengan dibantu oleh 2 orang Pembantu Makmal. Daripada 2 buat makmal, kini Unit Teknologi Maklumat menguruskan 13 buah makmal komputer dan lebih daripada 1000 unit komputer yang disambung terus ke rangkaian kampus.
Di awal penubuhannya unit ini berada di bawah pentadbiran Akademik. Tetapi dengan perkembangan ICT yang pesat membangun, unit ini diletak di bawah Pejabat Pengarah pada tahun 2002.
Dengan kekuatan seramai 13 orang yang terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, dua orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan sepuluh orang Juruteknik Komputer, unit ini dipertanggungjawabkan terhadap semua peralatan ICT termasuk rangkaian berwayar dan tanpa wayar .
Carta Organisasi Unit
**Sila klik pada gambar untuk melihat paparan penuh.
Misi
Menyediakan semua infrastruktur yang berkaitan Teknologi Maklumat kepada pelanggan dalaman dengan kemudahan bersesuaian dengan kehendak UiTM dan dapat digunapakai secara maksima dalam semua aspek.
Visi
Menjadikan Teknologi Maklumat UiTM Kampus Melaka sebahagian salah satu komponen penting bagi merealisasikan wawasan Universiti Teknologi MARA sejajar dengan kehendak negara.
Objektif
Memastikan penggunaan ICT kepada semua warga kampus.
Mewujudkan aplikasi-aplikasi sistem yang dapat digunakan oleh semua warga kampus.
Memberi pendedahan yang secukupnya kepada warga kampus terhadap peralatan ICT yang terkini.
Memberikan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada warga kampus yang menghadapi masalah yang berkaitan.
Piagam Pelanggan
Mengesan kerosakan komputer dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima dan memaklumkan tindakan seterusnya.
Bekerjasama dengan bahagian pentadbiran bagi menjalankan kursus ICT dua kali setahun.
Memastikan segala permohonan perisian sedia ada dapat di install ke komputer pengguna dalam tempoh 2 hari bekerja.
Menyediakan kemudahan akaun e-mel dan akaun mencetak dalam tempoh 2 hari bekerja selepas permohonan diterima.
Memastikan semua komputer kakitangan diselenggara 2 kali setahun.