Home Bahagian Perpustakaan Unit-Unit Perpustakaan
Unit-Unit Perpustakaan PDF Print E-mail

Pentadbiran

Unit Pentadbiran

Mentadbir hal ehwal kakitangan, kursus, inventori pejabat, jadual waktu bertugas dan rekod.

  1. Memastikan inventori yang telah dibeli dan direkod sama kuantiti serta kualiti dengan inventori yang digunakan di perpustakaan.
  2. Auditor luar akan mengaudit atau memeriksa proses pentadbiran dari sudut kualiti kerja dan pengurusan kewangan untuk memastikan bahagian ini bebas dari unsur-unsur negatif.
  3. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.
  4. Menentukan perangkaan perpustakaan tiap-tiap bulan, tahunan dan dari masa ke semasa. Perancangan pembelian alat-alat kelengkapan yang diperlukan oleh perpustakaan.
  5. Mengawasi perjalanan kerja-kerja profesional dan bukan profesional.
  6. Mewakili perpustakaaan ke Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian Pentadbiran dan lain-lain mesyuarat.
  7. Memberi penerangan, mengawasi kerja, membuat laporan prestasi kepada kakitangan-kakitangan perpustakaan dari masa ke semasa.
  8. Membuat laporan tahunan perpustakaan untuk dihantar kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),UiTM Shah Alam.

Perkhidmatan Pelanggan

Unit Pengurursan Pelanggan dan Pengurusan Koleksi

Menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian, pinjaman, pemulangan, surat peringatan, loker dan sebagainya.

Pendaftaran Keahlian
Keahlian Perpustakaan UiTM Melaka terbuka kepada semua pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA. Bagi kakitangan sementara, sambilan dan kontrak bayaran cagaran akan dikenakan. Keahlian kakitangn/pelajar akan dilucutkan sekiranya seseorang itu telah tamat atau ditamatkan tempoh perkhidmatan/ pengajian dari UiTM. Pelajar dikehendaki mengisi Kad Pendaftaran Keahlian Perpustakaan berserta dengan 2 keping gambar berukuran 2X3 cm (saiz lesen memandu).

Pinjaman Antara Perpustakaan (ILL)
Bahan-bahan yang tidak terdapat di dalam Koleksi Perpustakaan boleh diperolehi atau dipinjamkan daripada mana-mana perpustakaan lain di Malaysia melalui perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. Perkhidmatan ini terbuka kepada semua pengguna. Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan pinjaman antara perpustakaan yang boleh didapati di Kaunter Unit Perkhidmatan Pelanggan.

Pinjaman dan Pemulangan Bahan
Perpustakaan beroperasi secara sepenuhnya melalui Sistem ILMU. Pengguna yang ingin meminjam / memulangkan buku perlu membawa buku dan kad matrik ke Kaunter Perkhidmatan Pelanggan.

Pembaharuan Pinjaman
Pembaharuan bahan boleh dilakukan sekiranya tempoh pinjaman telah tamat. Tempohnya adalah sama dengan tempoh pinjaman biasa. Pembaharuan bahan dilakukan sekali sahaja / tiada tempahan dari pengguna lain.

Denda Lewat
Denda akan dikenakan kepada setiap pemulangan buku yang lewat dipulangkan.

Buku Hilang
Laporkan segera kehilangan buku di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan. Bayaran gantian mengikut Harga Buku dan Harga Proses sebanyak RM20.00.

Teknologi Maklumat

Unit Teknologi Maklumat

Perpustakaan UiTM Melaka menyediakan perkhidmatan Teknologi Maklumat dalam bentuk Internet , Pangkalan Data Atas Talian , CD-Rom dan “ Data Processing” bagi membantu pengguna membuat pencarian maklumat yang lebih tepat , pantas dan terkini .

Jenis Perkhidmatan
Perkhidmatan yang ditawarkan di Unit ini adalah :
Perkhidmatan Pencarian Bahan Melalui Internet / On Line Database
Perkhidmatan Pencarian Bahan Melalui Koleksi CD / CD-Rom’s
Perkhidmatan Image Scanning
Perkhidmatan Cetakan Laser
Perkhidmatan “Word Processing”

Caj Perkhidmatan
Caj perkhidmatan yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan cetakan adalah seperti berikut:
Caj Cetakan Hitam/Putih : 30 sen / sehelai
Caj Cetakan Berwarna : RM 1.50 / sehelai

Peraturan Pengguna
Sila daftarkan nama sebagai pengguna yang sah di Kaunter perkhidmatan Unit IT / Sudut V.
Pengguna yang menyalahgunakan perkakasan / perkhidmatan seperti ‘chatting’ / ‘pornographic’ akan dibatalkan penggunaan dengan serta merta.
Pengguna hanya dihadkan selama dua jam bagi setiap penggunaan.

Jurnal

Unit Jurnal & Pengkalan Data

Unit Jurnal dan Pangkalan Data (UJPD), bahagian Perpustakaan dahulunya dikenali sebagai Unit Terbitan Bersiri. Unit ini diwujudkan sejajar dengan pembangunan Sistem Perpustakaan Bersepadu UiTM Melaka. Pada tahun 1995 unit ini telah menggunakan Sistem SISPUKOM iaitu sebelum menukarkan sistemnya kepada ILMU ('Integrated Library Management Systems').

Fungsi
UJPD merupakan sebuah unit yang mengendalikan urusan-urusan langganan, penerimaan dan pembayaran bagi sumber rujukan perpustakaan yang dilanggan seperti majalah, jurnal, akhbar dan perkhidmatan atas talian.
Perkhidmatan kaunter seperti proses pinjaman dan pemulangan sumber rujukan berkenaan juga disediakan.

Sistem
Sistem yang digunakan adalah Sistem ILMU ('Integrated Library Management Systems') iaitu di bawah Modul Terbitan Bersiri (Serial Module).

Unit Koleksi Majalah
Perpustakaan mempunyai pilihan majalah yang terdiri daripada majalah popular hingga kepada jurnal yang mempunyai subjek yang khusus. Naskah yang terkini dipamerkan di rak majalak dan terbitan kebelakangan boleh diperolehi atas permintaan.

Unit Koleksi Majalah Berjilid
Majalah yang isunya telah lengkap setahun, akan dijilid dan disusun di rak yang berasingan. Sehingga kini ogos 2006 Perpustakaan mempunyai 95 judul majalah bersamaan 21,079 naskhah majalah/jurnal.

Unit Koleksi Akhbar
Koleksi akhbar adalah merupakan akhbar – akhbar terbitan harian yang dilanggan oleh pihak perpustakaan dan ditempatkan di Ruang Bacaan yang disediakan. Bagi koleksi yang terdahulu sila dapatkan dari Kaunter Unit Jurnal dan Pangkalan Data.

Bernama Info ( BLIS )
Pangkalan data atas talian yang mengandungi mengenai berita-berita Malaysia, statistik laporan-laporan industri, termasuklah data mengenai tokoh-tokoh Malaysia. Kandungannya disusun daripada perkhidmatan-perkidmatan wayar Bernama, perkhidmatan berita antarabangsa dan badan-badan kerajaan dan kaji selidik.

Perkhidmatan Maklumat

Unit Perkhidmatan Maklumat

Self Access Center

Unit Self Access Center

Unit Self Access Centre atau SAC merupakan kesinambungan kepada kursus-kursus bahasa yang dijalankan oleh Akademi Pengajian Bahasa UiTM Melaka. Unit ini menyediakan sumber rujukan yang terdiri daripada empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan Bahasa Perancis.

Kemudahan Rujukan
Sumber rujukan terdiri daripada pelbagai format seperti buku, poster, cd, video, dan pita kaset. Kemudahan Linguaphone untuk Bahasa Mandarin dan Europlus untuk Bahasa Inggeris.

Kemudahan Makmal
Bilik Pembentangan, Bilik Mesyuarat dan Makmal Bahasa. Bilik pembentangan dilengkapi dengan tv berserta alat permainan video dan cd, serta layar dan LCD.

Unit-Unit Lain

Unit Pembangunan Bibliografik dan Pemprosesan Teknikal
Mengkelasifikasikan sumber rujukan mengikut nombor kelas LCCS  dan "Subject Heading" LCSH . 

Unit Sistem
Menguruskan sistem pengurusan perpustakaan berkomputer dengan menggunakan sistem ILMU.

Unit Jilidan
Menguruskan Unit Jilidan bertanggungjawab untuk menjilid buku-buku.

Unit Pembangunan Sumber Ilmu
Membuat pesanan dan penerimaan sumber rujukan yang dicadangkan oleh pensyarah.

nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=