Home Anjung Album Aktiviti Ketua Menteri Turun Padang Pantau Kemudahan Asrama Penuntut UiTM
Ketua Menteri Turun Padang Pantau Kemudahan Asrama Penuntut UiTM PDF Print E-mail

 MELAKA  12 September –Seramai 400 orang Warga Universiti Teknologi Mara(UiTM) Kampus  Bandaraya Melaka telah hadir ke majlis tahlil dan doa selamat anjuran Yayasan Melaka di apartment baru milik Yayasan Melaka.Majlis berkaitan telah dihadiri oleh Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam selaku Ketua Menteri Melaka.Kehadiran Ali disertai oleh barisan pemimpin Kerajaan Negeri Melaka serta kepimpinan Rektor UiTM Cawangan Melaka, Datuk Prof.Madya Dr. Mizan Hitam.Seramai 1300 penuntut baru telah menyewa bangunan apartment milik Yayasan Melaka.Kemudahan apartment kediaman hak milik Yayasan Melaka disewakan dengan kadar RM150.00 untuk kemudahan penginapan penuntut UiTM yang baru mendaftar September ini.

 

Majlis tahlil dan doa selamat berkaitan dirancang untuk memohon keredaan Allah SWT agar para penuntut UiTM Kampus Bandaraya Melaka dapat menghuni secara tenteram dan terhindar daripada sebarang malapetaka serta mendapat perhatian kepimpinan Kerajaan Negeri Melaka.Menurut Ali, Kerajaan Negeri memandang serius terhadap kebajikan para penuntut UiTM khususnya di Kampus Bandaraya, berkaitan permasalahan asrama dikawasan bandar.”Kerajaan Melaka ingin menjadikan UiTM sebagai Pusat Pengajian Tinggi Awam yang terbesar di Melaka dan Malaysia, kita boleh bina seberapa banyak sekalipun Kampus, asalkan harum nama UiTM disebut orang,” ujarnya.

Kerajaan Negeri turut telah merancang pelbagai roadmap dan pembangunan ditanah berhampiran dengan Kampus Bandaraya Melaka.”Kita akan bina masjid, kedai, restoran, gim, dewan, hotel berhampiran dengan kediaman kampus ini,”katanya baru-baru ini disini.Menurut Ali,Kerajaan Negeri mengalakan pelaburan dari kalangan para pelabur mahupun usahawan bumiputra untuk membantu merancakan agenda pembangunan setempat di Bandaraya berkenaan.”Sekarang ini kita bercakap tentang supply and demand, berdasarkan model ekonomi baru,” katanya.Beliau berkata, dengan adanya pembangunan UiTM dan kolej-kolej berdekatan, Bandaraya Melaka akan menjadi pusat pelancongan terkemuka dunia.”Harapan kita dengan terbinanya Kampus UiTM Jasin dianggarkan seramai 20,000 orang pelajar di Melaka, Jalan Hang Tuah akan lebih hebat daripada Shah Alam,” katanya.

Ali, memohon agar para penuntut UiTM dan Warga Kampus terus menyokong sebarang bentuk pembangunan dan juga kebajikan yang dirancang oleh kerajaan Negeri.Pendekatan parti pembangkang menonjolkan isu komunis dan pembunuhan 25 orang anggota keluarga Polis di Bukit Kepong sebagai politik muruhan PAS untuk memperolehi undi pada Pilihanraya dan membentuk kerajaan.”Komunis bergerak dihutan, serang hendap dan bunuh rakyat tempatan khususnya orang Melayu, mereka nak merdeka cara komunis dengan pertumpahan darah dan kekejaman,”katanya.Kerajaan Pembangkang Pulau Pinang dibawah DAP tidak membenarkan bacaan Al-Quran ketika subuh sebelum azan.”Mereka DAP sudah jajah minda orang Melayu, mufti Negeri dengar cakap DAP, nak baca Al-Quran susah, besok jadi macan Singapura Lew Kuan Yew kata Melayu Singapura bagus, sebab pembesar suara didalam masjid, ini semua penjajahan tanpa disedari katanya.

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=