Home Pengenalan
SEKAPUR SIREH


Rektor UiTM Cawangan Melaka

Selamat datang, ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka. Selepas 26 tahun penubuhannya, UiTM Cawangan Melaka kini telah memahat nama sebagai institusi pendidikan tinggi awam  yang terulung di negeri Melaka ini.

Bermula dengan kampus kecil di Jalan Hang Tuah pada tahun 1984 sebelum berpindah ke kampus tetap di Lendu, Alor Gajah 10 tahun berikutnya sehinggalah penubuhan Kampus Bandaraya Melaka pada tahun 2007, UiTM Cawangan   Melaka senantiasa mengukuhkan pelan strategik dalam sistem pendidikannya selain mensasarkan pertambahan pelajar dari semasa ke semasa. Bermula dengan hanya 86 orang pelajar pada tahun 1984, kini UiTM berbangga dengan bilangan pelajar telah melepasi angka 10,000 orang pelajar iaitu melebihi   8,000  di Kampus Alor Gajah dan juga menghampiri  3,500 di Kampus Bandaraya Melaka.

UiTM Cawangan   Melaka turut  melangkah lebih maju ke hadapan melalui penambahan bilangan fakulti yang merangkumi Fakulti Pengurusan Perniagaan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Pendidikan dan Fakulti Hotel dan Pengurusan Pelancongan.

Proses standardisasi program-program pengajian dilakukan dari semasa ke semasa untuk menambah baik nilai intrinsik dan keberhasilan graduan yang kredibel, generik dan berkualiti agar mereka lebih kompeten untuk bersaing dengan dunia luar.

Berbanding lima tahun belakangan ini, prestasi pelajar yang berjaya tamat mengikut tempoh pengajian dengan CGPA 3.00 ke atas, menyaksikan transisi yang amat positif, iaitu peningkatan dari 37% ke 71%. Manakala, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2009, lebih 50% graduan UiTM Cawangan   Melaka telah berjaya memperoleh pekerjaan.

Dalam mendukung aspirasi UiTM Malaysia untuk melakar peranan dalam pembangunan ekonomi negara,   UiTM Cawangan   Melaka mengambil inisiatif untuk mengadakan penggemblengan dan penggabungjalinan dengan kerajaan negeri. Malah penggembelengan dan penggabungjalinan ini telah menyerlahkan peranan UiTM Cawangan   Melaka sebagai catalyst  for urban regeneration .

Penubuhan Bandaraya Melaka yang kini diangkat sebagai  city campus UiTM terbesar di Malaysia telah merancakkan lagi pembangunan ekonomi kawasan sekitar. Situasi sama dijangka berlaku dengan penubuhan sebuah lagi kampus UiTM Cawangan   Melaka di Sri Mendapat, Semujuk di daerah Jasin yang dijangka siap sepenuhnya pada 2013.

Dalam memastikan setiap pelajar UiTM Melaka mencapai potensi diri yang penuh dan maksimum selain memberi sumbangan besar kepada universiti dan masyarakat pula, pelbagai kerjasama dilakukan di antara UiTM dengan agensi-agensi kerajaan negeri. Antaranya, UiTM Cawangan   Melaka telah dengan jayanya menganjurkan Ekspo Komunikasi dan Media 2009: Jom Serbu AG!  bersama Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

Bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pula UiTM Melaka menganjurkan Karnival Komunikasi `1 Malaysia 1 Media Melaka Maju 2010’. Kedua-duanya merupakan program universiti dan komuniti  di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM).

Pameran Tunas Ilham yang diadakan oleh pelajar-pelajar Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di Galeri Seni Rakyat pada 13 Mei lalu dan gandingan projek mega bersama kerajaan negeri Melaka dalam merealisasikan Program  Mural Sungai Melaka, membuktikan keperihatinan dan manifestasi komitmen yang tinggi UiTM dalam menghulurkan sumbangan, kepakaran dan khidmat kemasyarakatan khususnya terhadap warga Melaka.

Hala tuju UiTM dalam merealisasikan negeri Melaka sebagai hab pendidikan tinggi terbaik di Malaysia amatlah jelas. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan dilaksanakan bersekali dengan proses penerapan pengetahuan tinggi, berkemahiran, inovatif, nilai jati diri, terlatih serta mempunyai minda kelas pertama terus menerus dipacu untuk melonjakkan nama UiTM bukan sahaja di peringkat negeri malah hingga ke peringkat global.

Buktinya, pencapaian dalam bidang inovasi telah mengangkasa nama UiTM Melaka ke peringkat antarabangsa menerusi kejayaan pensyarah-pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka memenangi pingat dalam pertandingan rekabentuk dan rekacipta yang diadakan di Brussels, Belgium. Kelangsungan kejayaan ini berterusan apabila warga pendidik kita turut dilantik sebagai ahli penasihat Forest Stewardship Council Advisory Group Member (FSC) di Jerman. Dengan pengiktirafan  ini, UiTM Melaka  mensasarkan kepelbagaian inovasi baru yang dipandupenyelidikan (researchdriven innovation) agar pengkomersilan produk-produk dan perkhidmatan berkualiti dapat disebarluas dan dimanfaatkan.

D i peringkat kebangsaan pula, UiTM amat berbangga kerana menjadi satu-satunya institusi pendidikan tinggi yang terpilih untuk menyumbangkan kepakaran, kreativiti dan idea dalam menghasilkan maskot untuk sebuah kejohanan sukan yang gemilang dan terbesar di Malaysia, iaitu Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13. Sepanjang temasya sukan tersebut, UiTM dipilih sebagai perkampungan terbesar atlit-atlit yang didatangkan dari segenap pelusuk negeri.

Tidak dilupakan, pencapaian pelajar-pelajar turut mewarnai landskap penjanaan legasi kecemerlangan UiTM. Baru-baru ini sahaja, pelajar kita telah berjaya meraih tempat dan hadiah wang tunai sejumlah RM30,000.00 dalam Pertandingan Cabaran Catur Bistari Peringkat Kebangsaan 2009/2010.

Dengan pelbagai kejayaan dan pencapaian terbilang ini,  saya ingin  menyeru tenaga penggerak, komuniti sarjana serta pelajar-pelajar UiTM Cawangan   Melaka untuk terus berkeyakinan dan berinisiatif dalam menggarap iltizam dan harapan anak watan untuk memperteguh keintelektualan bangsa dan memaksimumkan keupayaan UiTM Cawangan   Melaka agar faedah pendidikan tinggi dan pembangunan sosioekonomi dapat dinikmati oleh semua.

Sekian, terima kasih.

Sejarah Kampus
        Mantan Rektor

UiTM Cawangan Melaka bermula pada Ogos 1984 di bangunan sementara di Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jalan Hang Tuah. Pada permulaan jumlah hanya 32 orang  kakitangan  sokongan dan 5 orang Pensyarah.
         
UiTM Cawangan  Melaka mula diterajui  oleh Pengetua Zulkifli B. Hj. Abidin yang berkhidmat dari tahun 1984  hingga  1986 dan kini UiTM Cawangan   Melaka diterajui oleh Rektor  Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.
             
Visi, Misi & Objektif     Pengurusan Eksekutif

Visi UiTM Cawangan Melaka ialah untuk menjadi universiti yang unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang yang terdapat di UiTM Cawangan Melaka.
         
Kini, UiTM Cawangan   Melaka ditadbir oleh Rektor  YBhg  Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim dan tiga orang Timbalan Rektor  Kampus dengan sokongan pengurusan tertinggi yang lain.
             
Logo UiTM
    Lagu Rasmi UiTM

Bentuk berlian empat segi lengkap di kemuncak lima buku melambangkan kualiti hasilan dari penimbaan ilmu di Universiti Teknologi MARA.
         
Antara lagu rasmi UiTM yang sering didendangkan  oleh pelajar dan staf ialah “UiTM Dihatiku” dan “Wawasan Setia Warga UiTM”.
             
Kemudahan Kampus           Lokasi Kampus

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh UiTM Cawangan Melaka untuk keselesaan pelajar dan staf  antaranya ialah dewan kuliah, perpustakaan dan pelbagai kemudahan lain.
         
Lokasi UiTM Cawangan   Melaka Kampus Alor Gajah terletak di Lendu, Alor Gajah, manakala Kampus Bandaraya terletak di Bandar Melaka.
 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=