Hal Ehwal Akademik PDF Print E-mail

 

Prof. Madya Sabariah Hj. Mahat
Timbalan Rektor HEA

Kewujudan Bahagian HEA bermula dengan penubuhan UiTM Kampus Melaka pada bulan Ogos 1984 bertempat di kampus sementara Jalan Hang Tuah, Melaka. Bermula dengan hanya seramai 5 orang staf akademik dan 158 pelajar pengambilan pertama, kini UiTM Kampus Alor Gajah, Cawangan Melaka mempunyai seramai 550 staf akademik dan jumlah pelajar yang telahpun meningkat seramai 8000 orang pelajar.

Kampus Alor Gajah menawarkan program diploma, pra-diploma perdagangan iaitu Program Mengubah Destini Anak Bangsa dan Asasi TESL. Bagi program Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, E-PJJ dan PLK (diploma)  pula ditawarkan di Kampus Bandaraya Melaka.

Sebanyak 9 fakulti dan 18 program ditawarkan di Kampus Alor Gajah Melaka iaitu:-

1. Fakulti Pengurusan Perniagaan

a. Diploma Pengurusan Perniagaan
b. Diploma Pengurusan Bank
c. Diploma Pengajian Perniagaan (Insurans)
d. Pra-Perdagangan (MDAB)

2. Fakulti Perakaunan

a. Diploma Perakaunan
b. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan

3. Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

a. Diploma Pentadbiran Awam

4. Fakulti Sains Komputer Dan Matematik

a. Diploma Sains Komputer
b. Diploma Sains Kuantitatif
c. Diploma Sains Aktuari

5. Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan

a. Diploma Pengurusan Pelancongan

6. Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media

a. Diploma Komunikasi Dan Media

7. Fakulti Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

a. Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat

8. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka

a. Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Reka Grafik Dan Media Digital)
b. Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka (Seni Reka Perindustrian)
d. Diploma Fotografi Dan Pengimejan Kreatif
e. Diploma Seni Halus

9. Fakulti Pendidikan

 a. Pra-TESL

 

 
nakliyat evden eve nakliyat evden eve nakliyat mustafa ceceli ferdi tayfur yıldız tilbe nakliyat evden eve nakliyat div id=